Tiada kasih yang lebih manis dari kasih cinta
Dan tiada kasih yang lebih ngeri dari putus kasih cinta
Kasih cinta yang terputus sering ditemani dengan air mata
Kerana
Kasih cinta yang terputus amat menghiris sekeping hati
Bagaimana pula dengan cinta yang tidak berbalas?
Kasih cinta yang tidak berbalas
Bagai layang2 yang terputus talinya
Dibawa terus oleh angin
Soal cinta ialah soal hati
Ia juga soal jodoh
Manusia hanya merancang
Yang Maha Esa menentukan setiap perancangan kita
Mengapa perlu adanya rasa cinta terhadap dia?
Soal hati dan rasa cinta tiada undang2
Tiada paksaan
Malah, perasaan ini juga wujud tanpa diundang
Jangan pernah salahkan rasa cinta
Kerana
Perasaan kasih cinta adalah lumrah dalam kehidupan manusia
Oleh itu
Rasa cinta adalah penting buat diri setiap insan
Sesungguhnya
Cinta tidak semestinya sentiasa bersama dengan jodoh
Akan tetapi
Jodoh selalu bersama cinta
Jika kita mencintai seseorang
Hiasilah cintamu dengan doa
Agar kasih cinta dalam kehidupan sentiasa mekar dan kekal buat selamanya
(^_^) I c U with MY HEART ... NOT with MY EYES










No comments:
Post a Comment